Posts

Showing posts with the label Tunku Mahkota Johor

Johor Terus Lakar Kemajuan Di Bawah Pemangku Sultan Johor

Image
Negeri Johor telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang gemilang sepanjang tujuh bulan pertama 2025. Di sebalik kejayaan ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memainkan peranan penting sebagai pemangkin utama. Menerusi visi yang jelas dan komitmen terhadap pembangunan negeri, Baginda telah memimpin Johor ke arah menjadi pusat ekonomi, destinasi pelaburan dan model pembangunan mampan. Usaha berterusan Tunku Mahkota Ismail dalam memajukan Johor meletakkan Baginda sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan mengambil berat tentang kesejahteraan Bangsa Johor. SUMBER: https://www.utusan.com.my/rencana/2025/05/dasar-maju-johor-bangunkan-negeri-secara-menyeluruh-inklusif/ Salah satu pencapaian terbesar Johor pada 2025 adalah mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di Malaysia, dengan jumlahnya mencecah RM30.1 bilion pada suku pertama tahun ini. Angka tersebut bukan sekadar statistik, tetapi cerminan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap potensi Johor. Sektor ...

Istana Woodneuk Di Singapura Milik Tunku Ismail

Image
Sebuah istana bersejarah yang terletak di tengah-tengah Singapura menjadi tumpuan kerana nilai hartanahnya yang mencecah AS$3.5 bilion (kira-kira RM16 bilion). Istana Woodneuk didaftarkan atas nama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, terletak di Taman Tyersall yang berkeluasan 210,875 meter persegi. Istana berkenaan bersaiz 30 kali ganda lebih besar daripada White House di Amerika Syarikat. Ini bermakna Tunku Ismail adalah pemilik untuk salah satu hartanah termahal di Singapura. Istana yang dibina pada penghujung abad ke-19 oleh moyang kepada Tunku Ismail. Pada asalnya, hartanah ini dikenali sebagai Rumah Woodneuk sebelum dijual kepada Sultan Sir Abu Bakar Ibni Al-Marhum Tun Temenggung Raja Daing Ibrahim, yang kemudiannya menamakan semula bangunan itu sebagai Istana Woodneuk. Pada 1925, istana tersebut pernah terbakar dan dibina semula pada tahun 1935. Semasa Perang Dunia II, istana tersebut digunakan sebagai kem tentera oleh British. Pada 1948, tiga tahun ...

SUMBANGAN TMJ KEPADA PERJUANGAN PALESTIN DARI DAHULU LAGI

Image
Sebagai seorang pemimpin yang mengambil prihatin mengenai pelbagai isu semasa di seluruh dunia, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor turut prihatin mengikuti perkembangan mengenai perjuangan Palestin melawan kezaliman Zionis Israel. Sejak 2017, baginda telah menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin secara senyap, tanpa perlunya perhatian daripada media massa kerana ianya bukan suatu yang dikejar DYAM Tunku Mahkota Johor. Malah, melalui Yayasan Palestin dan Syria, baginda dapat menyampaikan kurniaan bantuannya dari dahulu lagi kepada mereka di Palestin yang amat memerlukan.  Sumber - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=847876565375644&id=208453185984655   DYAM Tunku Mahkota Johor juga mengambil prihatin mengenai perkembangan yang berlaku baru-baru ini di Palestin di mana rakyat Palestin ditindas dengan zalimnya oleh rejim Zionis. Minggu lepas, baginda amat tersentuh dengan kejadian kebakaran di Masjid Al-Aqsa sehingga menyeru agar umat Islam...

4 KALI KATA-KATA TUNKU MAHKOTA JOHOR MENJADI KENYATAAN

Image
Dalam sejarah dunia, ramai pemimpin dunia mencapai kecemerlangan kerana kebolehan mereka dalam menilaikan situasi, meramalkan kesan daripada situasi tersebut dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Di Malaysia, salah seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri ini adalah DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atau lebih dikenali sebagai TMJ. TMJ merupakan seorang yang sentiasa berterus terang dan sudah beberapa kali perkara yang dititahkan oleh baginda atau hasrat baginda akhirnya menjadi kenyataan. Rasanya ini bukan kebetulan, malah menunjukkan kewibawaan TMJ dalam menilai keadaan semasa dan juga keazaman baginda dalam merealisasikan cita-citanya.  Berikut adalah empat kali saranan atau amaran TMJ yang akhirnya menjadi realiti.  1. ELITE FORCES JMF  Selain bola sepak, TMJ juga menyatakan niat baginda untuk menubuhkan Elite Forces JMF. Dan setelah pulang dari latihan tentera di Indian Military Academy di Dehradun, India, baginda telah menye...