Posts

Showing posts from February, 2024

Istana Woodneuk Di Singapura Milik Tunku Ismail

Image
Sebuah istana bersejarah yang terletak di tengah-tengah Singapura menjadi tumpuan kerana nilai hartanahnya yang mencecah AS$3.5 bilion (kira-kira RM16 bilion). Istana Woodneuk didaftarkan atas nama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, terletak di Taman Tyersall yang berkeluasan 210,875 meter persegi. Istana berkenaan bersaiz 30 kali ganda lebih besar daripada White House di Amerika Syarikat. Ini bermakna Tunku Ismail adalah pemilik untuk salah satu hartanah termahal di Singapura. Istana yang dibina pada penghujung abad ke-19 oleh moyang kepada Tunku Ismail. Pada asalnya, hartanah ini dikenali sebagai Rumah Woodneuk sebelum dijual kepada Sultan Sir Abu Bakar Ibni Al-Marhum Tun Temenggung Raja Daing Ibrahim, yang kemudiannya menamakan semula bangunan itu sebagai Istana Woodneuk. Pada 1925, istana tersebut pernah terbakar dan dibina semula pada tahun 1935. Semasa Perang Dunia II, istana tersebut digunakan sebagai kem tentera oleh British. Pada 1948, tiga tahun