Posts

Showing posts from December, 2022

Musim Gemilang JDT

Image
Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan kempen saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2022 dengan misi lebih besar selepas kecewa tewas di pentas final Piala Malaysia 2021. JDT membawa masuk beberapa muka baharu bagi memperkuatkan skuadnya pada musim 2022. Antara pemain yang dibawa masuk termasuklah bekas penyerang Udinese, Fernando Forestieri dan pertahanan tengah Indonesia, Jordi Amat. Percaturan pemilik kelab, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membuahkan hasil apabila JDT menamatkan musim 2022 dengan penuh gemilang. Banyak kejayaan serta penanda aras yang dicapai oleh JDT sepanjang musim 2022. Skuad utama JDT mencipta sejarah apabila berjaya menjadi pasukan pertama yang merangkul trofi Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut, sekali gus mencapai matlamat untuk merangkul 'triple hattrick'. Musim ini juga JDT melakar sejarah baharu apabila menjadi pasukan pertama Liga-M yang layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC. Tidak berhenti d