Posts

Showing posts from May, 2021

SUMBANGAN TMJ KEPADA PERJUANGAN PALESTIN DARI DAHULU LAGI

Image
Sebagai seorang pemimpin yang mengambil prihatin mengenai pelbagai isu semasa di seluruh dunia, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor turut prihatin mengikuti perkembangan mengenai perjuangan Palestin melawan kezaliman Zionis Israel. Sejak 2017, baginda telah menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin secara senyap, tanpa perlunya perhatian daripada media massa kerana ianya bukan suatu yang dikejar DYAM Tunku Mahkota Johor. Malah, melalui Yayasan Palestin dan Syria, baginda dapat menyampaikan kurniaan bantuannya dari dahulu lagi kepada mereka di Palestin yang amat memerlukan.  Sumber - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=847876565375644&id=208453185984655   DYAM Tunku Mahkota Johor juga mengambil prihatin mengenai perkembangan yang berlaku baru-baru ini di Palestin di mana rakyat Palestin ditindas dengan zalimnya oleh rejim Zionis. Minggu lepas, baginda amat tersentuh dengan kejadian kebakaran di Masjid Al-Aqsa sehingga menyeru agar umat Islam bersama-

4 KALI KATA-KATA TUNKU MAHKOTA JOHOR MENJADI KENYATAAN

Image
Dalam sejarah dunia, ramai pemimpin dunia mencapai kecemerlangan kerana kebolehan mereka dalam menilaikan situasi, meramalkan kesan daripada situasi tersebut dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Di Malaysia, salah seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri ini adalah DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atau lebih dikenali sebagai TMJ. TMJ merupakan seorang yang sentiasa berterus terang dan sudah beberapa kali perkara yang dititahkan oleh baginda atau hasrat baginda akhirnya menjadi kenyataan. Rasanya ini bukan kebetulan, malah menunjukkan kewibawaan TMJ dalam menilai keadaan semasa dan juga keazaman baginda dalam merealisasikan cita-citanya.  Berikut adalah empat kali saranan atau amaran TMJ yang akhirnya menjadi realiti.  1. ELITE FORCES JMF  Selain bola sepak, TMJ juga menyatakan niat baginda untuk menubuhkan Elite Forces JMF. Dan setelah pulang dari latihan tentera di Indian Military Academy di Dehradun, India, baginda telah menyertai latihan k