4 KALI KATA-KATA TUNKU MAHKOTA JOHOR MENJADI KENYATAAN

Dalam sejarah dunia, ramai pemimpin dunia mencapai kecemerlangan kerana kebolehan mereka dalam menilaikan situasi, meramalkan kesan daripada situasi tersebut dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Di Malaysia, salah seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri ini adalah DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atau lebih dikenali sebagai TMJ. TMJ merupakan seorang yang sentiasa berterus terang dan sudah beberapa kali perkara yang dititahkan oleh baginda atau hasrat baginda akhirnya menjadi kenyataan. Rasanya ini bukan kebetulan, malah menunjukkan kewibawaan TMJ dalam menilai keadaan semasa dan juga keazaman baginda dalam merealisasikan cita-citanya. 

Berikut adalah empat kali saranan atau amaran TMJ yang akhirnya menjadi realiti. 

1. ELITE FORCES JMF 

Selain bola sepak, TMJ juga menyatakan niat baginda untuk menubuhkan Elite Forces JMF. Dan setelah pulang dari latihan tentera di Indian Military Academy di Dehradun, India, baginda telah menyertai latihan kumpulan pertama Elite Forces JMF bersama Tentera Darat Malaysia. Kini, Elite Forces JMF berperanan melindungi Keluarga Diraja Johor dan mempunyai kepakaran dalam bidang anti-pengganas dan pertempuran amfibia. Ini juga mencerminkan disiplin dan ketekadan TMJ dalam hal pertahanan Johor. Baginda juga mempunyai latihan dan kepakaran dalam setiap aspek ketenteraan dari udara, laut, darat dan lain lain. Baginda juga merupakan salah satu daripada dua “penembak sniper” yang terlatih.

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2582870538697027&id=2083565825294170 

2. PRU 14

Dalam bab isu semasa dan politik juga, TMJ mempunyai minda yang tajam. Semasa PRU 14, TMJ telah menyatakan supaya jangan “tukar kapal jika enjin berfungsi dengan baik” demi kestabilan negara. Namun begitu, nasihat TMJ itu tidak diikuti dan negara kita kini menghadapi kemelut politik yang paling dahsyat sejak mencapai kemerdekaan. Walaupun pandangan TMJ pada masa itu tidak mendapat sambutan yang positif, memang tidak dapat dinafikan bahawa baginda telah membuat ramalan yang betul dan jika nasihat TMJ diikuti, maka Malaysia tidak akan berada dalam situasi politik seperti kini. Dan akhirnya ramai rakyat yang menyesal dengan pilihan yang dibuat pada PRU 14 dan juga dengan kerajaan PH yang gagal menunaikan pelbagai janji manis mereka dalam janji manifesto pilihanraya PH.

Sumber: https://sarawakvoice.com/2018/04/08/tmj-jangan-tukar-kapal-jika-enjin-masih-berfungsi-dengan-baik/

Sumber: https://www.facebook.com/beritatv9/posts/jangan-tukar-kapal-jika-enjin-berfungsi-dengan-baik-tmjtunku-mahkota-johor-tmj-t/1024013391106381/ 

3. STATUT ROM DAN ICERD 

Dalam masa 22 bulan selepas PRU 14, Kerajaan Pakatan Harapan juga telah mengancam hak-hak istimewa kaum Melayu dan kedudukan istimewa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu melalui percubaan menandatangani dan meratifikasi Statut Rom dan ICERD. Untuk ICERD, akhirnya kerajaan PH terpaksa menukar keputusan asal untuk meratifikasi. Dan untuk Statut Rom pula, kerajaan PH terpaksa melakukan “u-turn” untuk menarik balik ratifikasi yang dilakukan. 

Dalam kedua-dua isu ini, TMJ dari mula lagi telah menyatakan proses ratifikasi tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja adalah tidak sah dan baginda turut menyenaraikan pelbagai senario dan isu yang mungkin akan menyusahkan rakyat dan negara ini jika proses ratifikasi itu diteruskan. Rakyat jelata terutamanya orang Melayu telah membuat demonstrasi dijalan-jalan utama Kuala Lumpur untuk menentang kedua-dua keputusan kerajaan ini. 

Kerajaan PH tidak akan melakukan “u-turn” kalau bukan kerana amaran TMJ yang disarankan kepada orang-orang Melayu. Dalam situasi ini, TMJ satu-satunya kerabat diraja yang bangkit mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Dan akhirnya PM pada masa itu Tun Dr Mahathir terpaksa akur dan menukar keputusan kerajan untuk meratifikasi ICERD dan juga Statut Rom. 

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/467360 

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/467424 

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2019/04/06/long-live-the-king-tmj-declares-after-malaysia-withdraws-from-rome-statute/ 

4. WABAK COVID-19 DAN KEMELUT POLITIK 

TMJ juga telah memberi amaran semasa penularan awal wabak Covid-19 yang dilanda seluruh dunia. Menurut baginda, sepanjang dua tahun rejim Pakatan Harapan berkuasa, banyak aduan yang disampaikan kepada baginda berkenaan isu pentadbiran, agama, perkauman, ekonomi dan juga kesihatan. Maklumlah jika tindakan pantas di ambil pada awalnya, maka situasi wabak Covid-19 tidak akan seserius yang mana terjadi. 

Baginda juga telah meminta untuk kerajaan segera membuat keputusan untuk menutup sempadan-sempadan negara terutamanya dengan Singapura untuk mengelakkan kemasukan virus melalui jangkitan orang luar. Pada 26 Januari 2020 melalui akaun Twitter rasmi baginda, baginda telah meminta tindakan yang segera dan bukannya selepas isu Covid19 menjadi kritikal tetapi kerajaan masih lambat bertindak. 

Apa yang kini kita lihat adalah bukan sahaja negara kita terpaksa melalui pelbagai sekatan PKP, tetapi rakyat juga semakin susah kerana kehilangan pekerjaan dengan penutupan pelbagai sektor perniagaan yang kini terjejas teruk. 

Tidak sampai sebulan selepas baginda bersuara (26 Januari 2020) pada 23 Februari 2020 berlaku pula Langkah Sheraton di mana ahli-ahli parlimen mula melompat parti dan berebut kuasa. Akhirnya kerajaan PH jatuh dan selepas kerajaan PN dilantik, negara melalui fasa penukaran kuasa pada waktu virus Covid19 mula menular. Jelas ahli-ahli parlimen lebih mementingkan kerusi dan kuasa dari kebajikan dan kesejahteraan rakyat. 

Sumber: https://www.mymetro.kini.blog/2020/01/27/apa-saya-kata-dua-tahun-lalu-ulasan-padu-tmj-coronav1rus/ 

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2464293600554722&id=2083565825294170 

Akhirnya kesimpulannya, terbuktinya kewibawaan dan keupayaan DYAM TMJ dalam pelbagai hal termasuk pentadbiran, kesihatan, sukan dan juga kualiti kehidupan rakyat. Baginda sentiasa menilai sesuatu isu secara keseluruhan, jauh ke hadapan dan secara telus dan dari segi impak isu tersebut ke atas rakyat jelata. Baginda adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sudah banyak kali pesanan baginda akhirnya menjadi realiti. Nasihat dan pandangan TMJ seharusnya patut di beri lebih keprihatinan pada masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

Istana Woodneuk Di Singapura Milik Tunku Ismail

Singapore’s ‘Crazy Rich Asians’ estate up for luxury rebuild

SNBJ: Satu Episod, Banyak Pengajaran – Pemikiran, Dedikasi TMJ Terhadap Bola Sepak