Posts

Showing posts with the label JDT

SNBJ: Satu Episod, Banyak Pengajaran – Pemikiran, Dedikasi TMJ Terhadap Bola Sepak

Image
Dalam dunia bola sepak, semua aspek dari latihan pemain hingga kepada kondisi sesebuah padang adalah penting untuk memastikan perlawanan berjalan lancar. Kejadian melibatkan keadaan rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika aksi Malaysia menentang India baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan hangat tentang kualiti padang venue berkenaan dan kesan kepada prestasi pemain serta pengalaman penonton. Malam yang penuh harapan semasa perlawanan Pestabola Merdeka 2023 telah diselimuti kekecewaan apabila kerosakan padang SNBJ menjadi tumpuan. Namun, satu perkara yang menarik perhatian adalah reaksi dan sumbangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang bukan sahaja menyoroti masalah tetapi juga membawa solusi. Sumber: https://twitter.com/HRHJohorII/status/1712839558482800879 TMJ menerusi kejayaan kelab bola sepaknya, Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menunjukkan betapa dedikasinya beliau terhadap pembangunan infrastruktur sukan di Malaysia. Pemilik JDT i...

Musim Gemilang JDT

Image
Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan kempen saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2022 dengan misi lebih besar selepas kecewa tewas di pentas final Piala Malaysia 2021. JDT membawa masuk beberapa muka baharu bagi memperkuatkan skuadnya pada musim 2022. Antara pemain yang dibawa masuk termasuklah bekas penyerang Udinese, Fernando Forestieri dan pertahanan tengah Indonesia, Jordi Amat. Percaturan pemilik kelab, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membuahkan hasil apabila JDT menamatkan musim 2022 dengan penuh gemilang. Banyak kejayaan serta penanda aras yang dicapai oleh JDT sepanjang musim 2022. Skuad utama JDT mencipta sejarah apabila berjaya menjadi pasukan pertama yang merangkul trofi Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut, sekali gus mencapai matlamat untuk merangkul 'triple hattrick'. Musim ini juga JDT melakar sejarah baharu apabila menjadi pasukan pertama Liga-M yang layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC. Tidak berhenti d...