SUMBANGAN TMJ KEPADA PERJUANGAN PALESTIN DARI DAHULU LAGI

Sebagai seorang pemimpin yang mengambil prihatin mengenai pelbagai isu semasa di seluruh dunia, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor turut prihatin mengikuti perkembangan mengenai perjuangan Palestin melawan kezaliman Zionis Israel.

Sejak 2017, baginda telah menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin secara senyap, tanpa perlunya perhatian daripada media massa kerana ianya bukan suatu yang dikejar DYAM Tunku Mahkota Johor. Malah, melalui Yayasan Palestin dan Syria, baginda dapat menyampaikan kurniaan bantuannya dari dahulu lagi kepada mereka di Palestin yang amat memerlukan. 

Sumber - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=847876565375644&id=208453185984655 

DYAM Tunku Mahkota Johor juga mengambil prihatin mengenai perkembangan yang berlaku baru-baru ini di Palestin di mana rakyat Palestin ditindas dengan zalimnya oleh rejim Zionis. Minggu lepas, baginda amat tersentuh dengan kejadian kebakaran di Masjid Al-Aqsa sehingga menyeru agar umat Islam bersama-sama mendoakan perlindungan Allah SWT ke atas rakyat Palestin dan juga Masjid Al-Aqsa melalui laman sosial media baginda. 

Sumber - https://twitter.com/HRHJohorII/status/1392228184234467330?s=19 

Kata-kata DYAM Tunku Mahkota Johor turut disambut baik oleh netizen dari Palestin dengan komen yang menjunjung kasih kepada baginda. Ini menunjukkan kewibawaan DYAM Tunku Mahkota Johor sebagai seorang pemimpin. 

Sumber - https://www.instagram.com/p/CO5rZxxsUYo/?igshid=1b4hxo6cb7bpm 

Rakyat tahu DYAM Tunku Mahkota Johor akan selalu memperjuangkan hak asasi semua orang tidak kira agama atau kaum. Baginda akan sentiasa memperjuangkan isu-isu yang penting untuk rakyat terutamanya bilanya berlaku penindasan atau penyalahgunaan kuasa. Kita memerlukan lebih ramai pemimpin seperti baginda yang tidak akan menunggu untuk bersuara atau berasa takut untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin. 

Sudah tentunya baginda akan terus menyumbangkan bantuan kepada perjuangan Palestin untuk masa yang akan datang. Daulat Tuanku!

Comments

Popular posts from this blog

Singapore’s ‘Crazy Rich Asians’ estate up for luxury rebuild

SNBJ: Satu Episod, Banyak Pengajaran – Pemikiran, Dedikasi TMJ Terhadap Bola Sepak

Istana Woodneuk Di Singapura Milik Tunku Ismail