Istana Woodneuk Di Singapura Milik Tunku Ismail


Sebuah istana bersejarah yang terletak di tengah-tengah Singapura menjadi tumpuan kerana nilai hartanahnya yang mencecah AS$3.5 bilion (kira-kira RM16 bilion).

Istana Woodneuk didaftarkan atas nama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, terletak di Taman Tyersall yang berkeluasan 210,875 meter persegi.

Istana berkenaan bersaiz 30 kali ganda lebih besar daripada White House di Amerika Syarikat. Ini bermakna Tunku Ismail adalah pemilik untuk salah satu hartanah termahal di Singapura.
Istana yang dibina pada penghujung abad ke-19 oleh moyang kepada Tunku Ismail.

Pada asalnya, hartanah ini dikenali sebagai Rumah Woodneuk sebelum dijual kepada Sultan Sir Abu Bakar Ibni Al-Marhum Tun Temenggung Raja Daing Ibrahim, yang kemudiannya menamakan semula bangunan itu sebagai Istana Woodneuk.

Pada 1925, istana tersebut pernah terbakar dan dibina semula pada tahun 1935.

Semasa Perang Dunia II, istana tersebut digunakan sebagai kem tentera oleh British. Pada 1948, tiga tahun selepas perang berakhir, istana berkenaan dikembalikan kepada Sultan Johor ketika itu.

Istana berkenaan turut menjadi inspirasi kepada penulis Kevin Kwan dalam novel terkenalnya, Crazy Rich Asians.
Pada 1990, kerajaan Singapura membeli sebahagian tanah dengan harga SGD25 juta dan membeli sebahagian lagi tanah seluas 98,000 meter persegi dengan jumlah yang tidak diumumkan pada 2009.

Istana tersebut memiliki nilai yang melambung tinggi di pasaran Singapura susulan kekurangan plot tanah di negara tersebut.

Namun Tunku Ismail difahamkan tidak boleh mengkomersialkan tanah tersebut kerana lokasi itu diperuntukkan untuk 'penggunaan khas ruang hijau' oleh kerajaan Singapura.

Penetapan itu bermakna tanah berkenaan tidak boleh digunakan untuk pembangunan kediaman atau komersial.

Meskipun tanah yang dimiliki oleh Tunku Ismail pada satu ketika dahulu adalah lebih luas berbanding sekarang namun sebahagian tanah itu beransur-ansur digunakan untuk mengembangkan Taman Botani, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO.

Comments

Popular posts from this blog

Singapore’s ‘Crazy Rich Asians’ estate up for luxury rebuild

SNBJ: Satu Episod, Banyak Pengajaran – Pemikiran, Dedikasi TMJ Terhadap Bola Sepak