SNBJ: Satu Episod, Banyak Pengajaran – Pemikiran, Dedikasi TMJ Terhadap Bola Sepak


Dalam dunia bola sepak, semua aspek dari latihan pemain hingga kepada kondisi sesebuah padang adalah penting untuk memastikan perlawanan berjalan lancar.

Kejadian melibatkan keadaan rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika aksi Malaysia menentang India baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan hangat tentang kualiti padang venue berkenaan dan kesan kepada prestasi pemain serta pengalaman penonton.

Malam yang penuh harapan semasa perlawanan Pestabola Merdeka 2023 telah diselimuti kekecewaan apabila kerosakan padang SNBJ menjadi tumpuan.

Namun, satu perkara yang menarik perhatian adalah reaksi dan sumbangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang bukan sahaja menyoroti masalah tetapi juga membawa solusi.

Sumber: https://twitter.com/HRHJohorII/status/1712839558482800879


TMJ menerusi kejayaan kelab bola sepaknya, Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menunjukkan betapa dedikasinya beliau terhadap pembangunan infrastruktur sukan di Malaysia.

Pemilik JDT ini bukan sahaja memberikan nasihat tetapi juga menyumbang secara kewangan untuk memperbaiki kondisi padang di SNBJ.

Sumbangan TMJ sebanyak RM1.4 juta untuk projek penanaman rumput Zeon Zoysia di SNBJ bukanlah satu tindakan yang remeh tetapi suatu langkah yang mencerminkan visi beliau untuk bola sepak Malaysia.

JDT, di bawah kelolaan TMJ telah menetapkan piawaian yang tinggi dalam semua aspek bola sepak termasuklah infrastruktur.

Stadium Sultan Ibrahim, misalannya, menetapkan penanda aras dalam standard kualiti padang bola sepak di negara ini.

Pengalaman TMJ telah memberikan nasihat yang berharga tentang keperluan SNBJ mendapatkan rumput padang baharu untuk meningkatkan mutu bola sepak Malaysia.

Sumber: https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/2022/03/tmj-taja-rm1-4-juta-tanam-zeon-zoysia-di-bukit-jalil/


Meskipun TMJ memberikan amaran awal mengenai keadaan padang baharu SNBJ, namun keputusan untuk meneruskan perlawanan Pestabola Merdeka di SNBJ telah diambil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Situasi ini menunjukkan bahawa walaupun nasihat sudah diberikan, tetapi ada keputusan yang diambil berada di luar bidang kuasa TMJ.

Walakin begitu, selepas perlawanan tersebut, TMJ tidak berhenti memberikan sokongan.

Pasukan penyelenggaraan JDT telah bekerjasama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk membaiki kerosakan yang berlaku.

Langkah tersebut menunjukkan keikhlasan TMJ dalam memastikan standard tertinggi diterapkan di setiap stadium di negara ini.

Walaupun peristiwa di SNBJ mencetuskan kekecewaan, namun memberikan pengajaran berharga.

Kualiti padang memainkan peranan penting dalam bola sepak. Bukan hanya untuk estetika tetapi juga untuk keselamatan pemain.

Oleh itu, mendengar dan mengambil perhatian nasihat daripada individu berpengalaman seperti TMJ adalah penting.

Rumput Zeon Zoysia telah terbukti berjaya di Stadium Sultan Ibrahim.

Walaupun ada kekurangan atau kelemahan pada peringkat pengurusan SNBJ, bukan bermakna rumput tersebut tidak sesuai digunakan.

Melalui pengurusan yang tepat dan nasihat daripada pakar, padang di SNBJ boleh mencapai standard yang dikehendaki.

Sumber: https://www.utusan.com.my/sukan/2023/10/psm-mengaku-padang-stadium-nasional-bukit-jalil-belum-di-tahap-terbaik/


Selain itu, penyelenggaraan padang turut perlu dipandang serius oleh semua pihak yang terbabit.

Penyelenggaraan padang bukan sahaja mengenai menanam rumput atau menggantikan bahagian yang rosak namun memerlukan pengetahuan mendalam tentang jenis tanah, kualiti air, sistem pengairan dan banyak lagi.

Di sini, pengalaman dan kepakaran TMJ melalui pengurusan JDT memberikan sumbangan yang tidak ternilai.

Pemuliharaan dan penyelenggaraan yang konsisten adalah kunci untuk memastikan padang sentiasa berada dalam keadaan terbaik sepanjang masa.

Mengabaikan aspek-aspek berkenaan akan menyebabkan masalah yang lebih besar, seperti mengurangkan kualiti permainan serta menjejaskan kesihatan dan keselamatan pemain.

Sumber: https://www.flashsukan.com.my/kemas-bersih-dan-cantik-bukti-budaya-penyelenggaraan-yang-baik-di-ssi/


Dedikasi TMJ dalam pembangunan sukan, khususnya bola sepak, tidak hanya memberi manfaat kepada pemain dan peminat bola sepak tetapi juga kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

Menerusi infrastruktur yang baik, Malaysia bukan hanya membangunkan sukan tetapi juga melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan bersemangat.

‘Insiden’ di SNBJ adalah peringatan kepada semua pihak tentang pentingnya memberi keutamaan kepada kualiti dalam setiap aspek sukan, dari segi latihan hingga infrastruktur.

TMJ, melalui tindakan dan dedikasinya telah menunjukkan betapa pentingnya membangunkan sukan di negara kita dengan cara yang bertanggungjawab dan berkesan.

Comments

Popular posts from this blog

Singapore’s ‘Crazy Rich Asians’ estate up for luxury rebuild

Istana Woodneuk Di Singapura Milik Tunku Ismail