Posts

Showing posts from January, 2026

Kepimpinan Seiring, Johor Terus Melonjak

Image
Johor kini berdiri sebagai mercu tanda kemajuan Malaysia. Langit negeri itu dihiasi pencakar langit moden, pelabuhan yang sentiasa sibuk dengan kapal-kapal perdagangan, dan kian menuju ke arah hab teknologi serantau. Transformasi pesat berkenaan bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil daripada sinergi kukuh antara Keluarga Diraja Johor dan Kerajaan Negeri Johor. Tiga tokoh utama berada di barisan hadapan kepimpinan iaitu Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim; Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi. Kepimpinan negeri yang diterajui oleh ketiga-tiga pemimpin tersebut telah melonjakkan reputasi Johor daripada berstatus pemain serantau kepada kuasa ekonomi utama Malaysia, dengan rekod pertumbuhan, pelaburan besar serta projek berimpak tinggi seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Sultan Ibrahim, yang menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Januari 2024, terus memainkan peranan penting dalam hala t...